Majlis Doa Arwah Pengambilan Pegawai Kadet, Wadar 1988

Majlis Doa Arwah Pengambilan Pegawai Kadet, Wadar 1988

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Bagi mengingati dua orang rakan telah kembali ke rahmatullah, dua orang pegawai kadet dan 23 orang wadar lelaki daripada Pengambilan Pegawai Kadet dan Wadar Jabatan Penjara tahun 1988, semalam, telah mengadakan majlis Tahlil dan Doa Arwah di Restoran Sotorindu, Kampung Katimahar.

Pada majlis itu, bacaan Tahlil dan Doa Arwah telah dipimpin oleh Awang Sabtu bin Haji Abdul Ghani.

Turut dijemput di majlis tersebut ialah semua jurulatih dan mantan jurulatih yang pernah mengajar dan membimbing pengambilan pegawai kadet dan wadar tahun 1988 dalam bidang aspek kepenjaraan di samping diajar cara kawad.

Gambar ramai Pengambilan Pegawai Kadet dan Wadar Jabatan Penjara tahun 1988 semalam selepas majlis Tahlil dan Doa Arwah diadakan di Restoran Sotorindu, Kampung Katimahar.
Gambar ramai Pengambilan Pegawai Kadet dan Wadar Jabatan Penjara tahun 1988 semalam selepas majlis Tahlil dan Doa Arwah diadakan di Restoran Sotorindu, Kampung Katimahar.

Majlis seumpama ini adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pegawai kadet dan wadar lelaki daripada Pengambilan Pegawai Kadet dan Wadar Jabatan Penjara pada 1 Sept 1988 di samping dapat mengimbas kembali kenangan bersama mereka.

Pada masa ini, seorang pegawai kadet Jabatan Penjara telah menjawat jawatan selaku Pemangku Pengarah Jabatan Penjara dan seorang selaku Penguasa Penjara.

Daripada 23 orang wadar berkenaan, lima orang telah diserapkan ke Biro Kawalan Narkotik bermula 1 Febuari 2008 sehingga kini dan selebihnya masih bertugas di Jabatan Penjara dan ada bertugas di jabatan kerajaan serta bersara.

ARTIKEL YANG SAMA