Majlis Doa Arwah Sekampung Kampung Pengkalan Batu

Majlis Doa Arwah Sekampung Kampung Pengkalan Batu

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jun – Bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, pelbagai aktiviti keagamaan dikendalikan oleh berbagai-bagai pihak di negara ini, seperti Majlis Kenduri Bacaan Doa Arwah yang diadakan oleh Majlis Perundingan Kampung (MPK) bersama Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Pengkalan Batu malam tadi.

Hadir pada majlis tersebut yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Kampung Parit, Mukim Pengkalan Batu itu ialah Pengerusi MPK Pengkalan Batu, Haji Kahar bin Haji Tinggal, ahli-ahli MPK dan ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid kampung berkenaan serta penduduk kampung berkenaan.

Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Pengkalan Batu, Haji Borhan bin Haji Nudin.

Melalui acara berkebajikan itu, ia dapat mengeratkan lagi ukhuwah persaudaraan yang sedia sesama penduduk kampung dengan memupuk nilai perpaduan hidup bermasyarakat agar bertambah erat serta mengharapkan rahmat dan keredaan Allah S.W.T.

Antara yang hadir di majlis tersebut.
Antara yang hadir di majlis tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA