Majlis Doa Arwah Sekampung Kg. Setia

Majlis Doa Arwah Sekampung Kg. Setia

Oleh Haslen

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jun – Majlis Perundingan Kampung Setia ‘A’ (MPK) dan ahli-ahli jawatankuasa Takmir Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad, Kampung Setia baru-baru ini telah mengadakan Majlis Bertahlil dan Doa Arwah Sekampung yang berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Pehin Dato Jamil Kampung Setia, Kampong Ayer.

Hadir di majlis itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Muhammad Sunadi bin Haji Buntar.

Turut hadir ialah Penghulu Mukim Sungai Kebun, Pateh Dato Paduka Haji Masri bin Ismail.

Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa arwah yang dipimpin oleh mahasiwa Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Awang Mohammad Hamirul Hashim bin Haji Hassan.

Gambar ramai Haji Muhammad Sunadi bersama Pateh Dato Paduka Haji Masri dan Ketua Kampung Setia ‘A’ serta penduduk-penduduk Kampung Setia di majlis itu.
Gambar ramai Haji Muhammad Sunadi bersama Pateh Dato Paduka Haji Masri dan Ketua Kampung Setia ‘A’ serta penduduk-penduduk Kampung Setia di majlis itu.

Acara diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma kepada dua orang anak yatim yang terpilih yang di-sampaikan oleh Ketua Kampung Setia ‘A’, Awang Haji Asli bin Haji Mamut.

Majlis bertahlil dan doa arwah sekampung ini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan penduduk-penduduk kampung.

Ianya juga merupakan aktiviti tahunan MPK dan Takmir Masjid Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad, Kampung Setia.

ARTIKEL YANG SAMA