Majlis Doa Arwah Sekampung RPN Lambak Kanan

Majlis Doa Arwah Sekampung RPN Lambak Kanan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jun – Seramai 20 orang warga emas dan 30 orang anak yatim telah menerima sumbangan semasa Majlis Bertahlil dan Doa Arwah Sekampung anjuran Majlis Perundingan Kampung Kawasan 4, Rancangan Perumahan Negara (RPN) Lambak Kanan, Mukim Berakas B, kelmarin.

Hadir menyampaikan derma kepada anak-anak yatim ialah Pengarah Urusan Syarikat Malar Setia, Haji Abd Rahman bin Haji Metassim selaku tetamu kehormat majlis.

Turut hadir bagi menyampaikan derma kepada warga emas ialah Ketua Kampung Kawasan 4, RPN Lambak Kanan.

Seramai 300 orang penduduk Kampung Kawasan 4, RPN Lambak Kanan hadir pada majlis tersebut.

Seorang warga emas menerima sumbangan.
Seorang warga emas menerima sumbangan.
Gambar ramai tetamu kehormat, Penghulu Mukim Berakas B dan ketua kampung bersama para penerima sumbangan dan tetamu lainnya.
Gambar ramai tetamu kehormat, Penghulu Mukim Berakas B dan ketua kampung bersama para penerima sumbangan dan tetamu lainnya.

Sumbangan derma kepada anak-anak yatim berupa barang-barang keperluan harian juga telah disampaikan oleh Penghulu Mukim Berakas B, Pengiran Ali bin Pengiran Maun bagi pihak hamba Allah yang telah menyumbangkan derma tersebut.

Sementara itu, Haji Julaihi bin Haji Latif turut menyampaikan derma kepada anak-anak yatim hasil daripada kutipan sumbangan penduduk Kampung Kawasan 4, RPN Lambak Kanan, di sini.

Majlis diakhiri dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah dan seterusnya majlis berbuka puasa.

ARTIKEL YANG SAMA