Majlis Doa Arwah SOBD

Majlis Doa Arwah SOBD

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jun – Sempena bulan Ramadan ini, Olimpik Khas Brunei Darussalam (SOBD), semalam, telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah yang berlangsung di pejabatnya di Jalan Pasar Gadong.

Hadir pada majlis tersebut ialah Presiden SOBD, Haji Mahrub bin Haji Morni dan LK. Kol. (B) Pengiran Haji Rambli bin Pengiran Haji Bunut serta ahli-ahli jawatankuasa dan anak-anak berkeperluan khas SOBD.

Majlis berkenaan antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga SOBD dan keluarga mereka.

Antara yang hadir pada majlis itu.
Antara yang hadir pada majlis itu.

ARTIKEL YANG SAMA