Majlis Doa Kesyukuran ABDB sempena Hari Kebangsaan ke-32

Majlis Doa Kesyukuran ABDB sempena Hari Kebangsaan ke-32

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Feb – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), hari ini, turut mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32 tahun.

Majlis telah diadakan di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison dan dihadiri oleh Ketua Staf Angkatan Bersama ABDB, Kapten Haji Yusuf bin Masron, selaku tetamu kehormat.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran diikuti dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah dan sembahyang Sunat Hajat sebelum diteruskan dengan bacaan Surah Yasin. Ini diikuti pula dengan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Imam Surau Kementerian Pertahanan, Awang Shuib bin Abdullah. Bagi mengakhiri majlis, para Jemaah seterusnya menunaikan sembahyang Fardu Isyak berjemaah.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataannya berkata, surau-surau di seluruh Garison dan Perkhemahan ABDB turut mengendalikan majlis seumpamanya hari ini.

Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Imam Awang Shuib bin Abdullah.
Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Imam Awang Shuib bin Abdullah.

ARTIKEL YANG SAMA