Majlis Doa Kesyukuran Daerah Tutong sempena Hari Kebangsaan ke-32

Majlis Doa Kesyukuran Daerah Tutong sempena Hari Kebangsaan ke-32

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 22 Feb – Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32, semua masjid, surau dan balai ibadah di seluruh negara mengadakan Majlis Doa Kesyukuran, Sembahyang Sunat Hajat dan Membaca Surah Yasin.

Di Daerah Tutong, tumpuan utama majlis diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong yang disertai oleh ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara di daerah ini, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan orang perseorangan.

Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Haji Adnan bin Haji Adam.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah, sembahyang Sunat Hajat yang diimamkan oleh imam masjid berkenaan, Awang Sahibol Omar bin Haji Yusof.

Semasa Majlis Doa Kesyukuran, Sembahyang Sunat Hajat dan Membaca Surah Yasin yang diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.
Semasa Majlis Doa Kesyukuran, Sembahyang Sunat Hajat dan Membaca Surah Yasin yang diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.

Manakala itu, bacaan Surah Yasin dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Hassanal Bolkiah, Awang Muhammad Fuazi bin Haji Anuar, disusuli dengan Doa Kesyukuran yang dibacakan oleh Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong, Awang Hassan bin Amat.

Majlis diakhiri dengan sembahyang Fardu Isyak berjemaah yang diimamkan oleh pegawai hal ehwal masjid tersebut.

Acara keagamaan ini merupakan sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana atas kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, rakyat dan penduduk di negara ini dapat hidup dalam sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera.

ARTIKEL YANG SAMA