Majlis Doa Kesyukuran Hari Puja Usia ke-42

Majlis Doa Kesyukuran Hari Puja Usia ke-42

Oleh Yusrin Junaidi, Siti Nur Wasimah S., Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Feb – Sempena Hari Puja Usia ke-42 Tahun Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Timbalan Sultan pelbagai pihak di negara ini telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran.

Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), di mana Duli Yang Teramat Mulia merupakan Pengerusi Majlis Bencana Kebangsaan pusat berkenaan, adalah antara yang mengadakan majlis seumpamanya hari ini, yang berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis-Madang.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong yang juga selaku Timbalan Pengerusi (Tetap) Majlis Bencana Kebangsaan.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Haji Mohd ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam selaku Setiausaha Majlis Kebangsaan; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, setiausaha-setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, ahli-ahli Majlis Bencana Kebangsaan serta pegawai dan kakitangan di KHEDN.

Turut mengadakan majlis kesyukuran ialah Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Institut Teknologi Brunei (ITB), yang diadakan kelmarin, di Masjid UBD.

Yang Berhormat Pehin (Dr.) Haji Awang Abu Bakar ketika menyertai Majlis Doa Kesyukuran yang berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis-Madang.
Yang Berhormat Pehin (Dr.) Haji Awang Abu Bakar ketika menyertai Majlis Doa Kesyukuran yang berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis-Madang.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi bersama para pegawai lain mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Masjid UBD.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi bersama para pegawai lain mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Masjid UBD.
Dato Paduka Haji Mohd Roselan bersama warga JPM mengadakan Majlis Doa Kesyukuran yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks Bangunan JPM, Kampung Melabau.
Dato Paduka Haji Mohd Roselan bersama warga JPM mengadakan Majlis Doa Kesyukuran yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks Bangunan JPM, Kampung Melabau.

pg08_160217_f

Antara mereka yang menyertai Majlis Doa Kesyukuran di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis-Madang.
Antara mereka yang menyertai Majlis Doa Kesyukuran di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis-Madang.
Antara kakitangan dan pelajar wanita UBD, UNISSA dan ITB yang menghadiri Majlis Doa Kesyukuran Puja Usia di Masjid UBD.
Antara kakitangan dan pelajar wanita UBD, UNISSA dan ITB yang menghadiri Majlis Doa Kesyukuran Puja Usia di Masjid UBD.

Duli Yang Teramat Mulia juga merupakan Pro Canselor bagi ketiga-tiga institusi pengajian tinggi berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap (Pendidikan Tinggi), Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman; Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh; Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal; Naib Canselor ITB, Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman; Naib Canselor UBD, Datin Dr. Hajah Anita Binurul Zahrina binti POKLW DSS Haji Awang Abdul Aziz; Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Tinggi), Prof. Madya Dr. Haji Azman bin Haji Ahmad; para pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan dan universiti-universiti berkenaan, para pensyarah, kakitangan serta pelajar institusi-institusi tersebut.

Sementara itu, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan majlis seumpamanya yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks Bangunan JPM, Kampung Melabau, di sini.

Hadir pada majlis itu ialah Pemangku Menteri Tenaga dan Perindustrian di JPM, Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud, setiausaha-setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan di JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya, ahli-ahli takmir masjid serta para penduduk di sekitarnya.

Manakala itu, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), baru-baru ini, turut menyambut Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia selaku Ketua Pengakap PPNBD dalam majlis kesyukuran yang diadakan di Balai Ibadah PPNBD, Jalan Gadong.

Hadir pada majlis itu ialah Yang Di-Pertua PPNBD, Dato Paduka Haji Idris bin Haji Abas.

Turut hadir ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali, setiausaha agung PPNBD, para pesuruhjaya pengakap, pesuruhjaya pengakap daerah, ketua pegawai eksekutif pengakap, pegawai eksekutif pengakap, pemimpin-pemimpin pengakap dan penolong pemimpin pengakap, ahli-ahli Pengakap Tunas, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana.

Menurut kenyataan PPNBD, majlis itu juga sebagai turut mensyukuri atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menjadi Penaung kepada pergerakan pengakap di negara ini juga Penaung Kehormat kepada Pergerakan Pengakap Sedunia yang memperkenankan pelantikan Duli Yang Teramat Mulia, sebagai Ketua Pengakap PPNBD pada 7 Disember 2013.

ARTIKEL YANG SAMA