Majlis Doa Kesyukuran sempena ulang tahun BAG Networks

Majlis Doa Kesyukuran sempena ulang tahun BAG Networks

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Julai – BAG Networks, hari ini, telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 tahun dan juga Ulang Tahun ke-15 Penubuhan BAG Networks.

Majlis yang berlangsung di Auditorium Utama, Bangunan Reka Bentuk & Teknologi, Taman Teknologi Anggerek Desa itu telah dihadiri oleh para pegawai dan kakitangan di syarikat berkenaan.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil yang dipimpin oleh Imam Masjid Kampong Masin, Awang Zainul Hassan dan diteruskan dengan Doa Kesyukuran.

Pegawai pemasaran dan komunikasi korporat BAG Networks berkata, “Kami memanjatkan doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala (S.W.T) agar memberkati raja kami yang berjiwa rakyat lagi berwawasan, semoga Baginda kekal qarar memerintah negara dengan bijaksana dan sihat Walafiat.

Gambar ramai ahli kumpulan BAG Networks semasa Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran di Auditorium Utama, Bangunan Reka Bentuk & Teknologi, Taman Teknologi Anggerek Desa.
Gambar ramai ahli kumpulan BAG Networks semasa Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran di Auditorium Utama, Bangunan Reka Bentuk & Teknologi, Taman Teknologi Anggerek Desa.
Antara yang hadir pada majlis tersebut.
Antara yang hadir pada majlis tersebut.

“Lima belas tahun yang lalu, iaitu pada tahun 2001, BAG Networks telah ditubuhkan bagi menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-55 tahun, dengan misi membantu meningkatkan prestasi perdagangan melalui perkhidmatan perniagaan dan teknologi maklumat.

“Kini kami dengan inovatifnya terus memberikan yang terbaik untuk para pelanggan kami dan berkembang ke bidang-bidang baru seperti risikan perniagaan, data analitis dan perisian pengurusan perniagaan,” tambah beliau lagi.

ARTIKEL YANG SAMA