Majlis eksklusif untuk pelanggan Baiduri Finance

Majlis eksklusif untuk pelanggan Baiduri Finance

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos – Pelanggan-pelanggan Baiduri Finance berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat dan menyaksikan sendiri ciri-ciri terkini kenderaan keluaran terbaru jenama Jaguar iaitu Jaguar F-Pace dan Land Rover iaitu Range Rover Sport, pada majlis minum petang eksklusif yang berlangsung di Dewan Pameran Indera Motors, Lambak Kanan, hari ini.

Majlis yang diadakan oleh Indera Motors Sdn Bhd selaku pengedar sulung kenderaan Jaguar dan Land Rover di Negara Brunei Darussalam itu memberikan peluang kepada lebih 50 orang pelanggan Baiduri Finance untuk melihat sendiri dan menguji pandu Jaguar F-Pace dan Range Rover Sport.

Semasa majlis eksklusif itu, para pelanggan yang membeli mana-mana kenderaan Jaguar atau Land Rover akan menerima perkhidmatan servis percuma selama lima tahun, bantuan tepi jalan selama lima tahun dan jaminan selama lima tahun.

Pengurus Eksekutif Kanan Indera Motors Sdn Bhd, Dayang Noormala binti Othman berkata bahawa pihaknya menerima sambutan yang sungguh menggalakkan bagi kenderaan Jaguar iaitu Jaguar F-Pace sejak ia dilancarkan dan kenderaan, Range Rover Sport juga merupakan antara model yang popular dalam kalangan para pelanggan di Brunei.

Jaguar F-Pace dan Range Rover Sport yang dipamerkan pada acara berkenaan.
Jaguar F-Pace dan Range Rover Sport yang dipamerkan pada acara berkenaan.

Menurutnya, majlis minum petang itu dihoskan bagi pelanggan-pelanggan Baiduri Finance supaya memberikan peluang kepada mereka untuk mendekati model kenderaan terbaru daripada Jaguar dan juga Land Rover.

Beliau juga percaya, acara itu merupakan platform yang baik bagi mereka untuk mendekati para pelanggan dan supaya mereka dapat menghargai jenama berkenaan.

Salah seorang jemputan melihat lebih dekat kenderaan Jaguar F-Pace.
Salah seorang jemputan melihat lebih dekat kenderaan Jaguar F-Pace.

pg10_160818_d

Jaguar F-Pace dilancarkan ke pasaran Brunei pada 25 Julai lalu dalam dua jenis iaitu F-Pace R-Sport dan F-Pace S, di mana sejak dilancarkan ia terus menjadi salah sebuah kenderaan Jaguar yang amat diminati dan mendapat sambutan yang hebat.

Sementara itu, Range Rover Sport diberikan wajah baru dan merupakan salah sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terus mendapat tempat di hati para peminat kenderaan Land Rover terutama yang menggemari kenderaan jenis SUV.

Kedua-dua kenderaan iaitu Jaguar F-Pace dan Range Rover Sport kini boleh disaksikan di Dewan Pameran Jaguar dan Land Rover, Perindustrian Lambak Kanan di mana dewan pameran itu dibuka bagi kunjungan setiap Isnin hingga Khamis dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, Jumaat dari pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan dari 2:30 petang hingga 5 petang serta Sabtu dari pukul 8 pagi hingga 4 petang.

ARTIKEL YANG SAMA