Majlis Hari Raya Berjiran eratkan persaudaraan

Majlis Hari Raya Berjiran eratkan persaudaraan

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 24 Julai – Di bulan Syawal ini, Sambutan Hari Raya bukan hanya sekadar berkunjung ke rumah sanak saudara dan ahli keluarga, malah ianya juga dilakukan ke rumah jiran tetangga sebagai tanda persaudaraan.

Sehubungan itu, seramai 60 orang terdiri daripada penduduk Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Bukit Beruang semalam telah menghadiri ‘Majlis Hari Raya Berjiran’ di beberapa buah rumah di Simpang 36-29, Jalan Bukit Bilid, RPN Kampung Bukit Beruang, Tutong.

Antara tujuan majlis seumpama ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama yang lain tanpa mengira bangsa dan agama, serta menghormati dan meningkatkan lagi perpaduan masyarakat atau penduduk yang tinggal di kawasan RPN Kampung Bukit Beruang dan sekitarnya.

Gambar ramai penduduk RPN Kampung Bukit Beruang yang menghadiri Majlis Hari Raya Berjiran di salah sebuah rumah di Simpang 36-29, Jalan Bukit Bilid tersebut.
Gambar ramai penduduk RPN Kampung Bukit Beruang yang menghadiri Majlis Hari Raya Berjiran di salah sebuah rumah di Simpang 36-29, Jalan Bukit Bilid tersebut.

Majlis seumpama ini juga merupakan salah satu usaha penduduk RPN Kampung Bukit Beruang buat pertama kalinya bagi memeriahkan lagi suasana Sambutan Hari Raya Aidilfitri di sekitar kampung berkenaan memandangkan kebanyakan penduduk tersebut adalah terdiri daripada bekas penerima-penerima anak kunci yang baru menerima rumah masing-masing.

Penduduk RPN Kampung Bukit Beruang berharap aktiviti seperti ini akan dapat diteruskan lagi dari semasa ke semasa dan dapat mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan lainnya bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk kampung.

ARTIKEL YANG SAMA