Majlis iftar bersama anak yatim

Majlis iftar bersama anak yatim

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jun – Bersempena Ulang Tahun ke-2, Paddington House of Pancake (PHOP)telah menceriakan anak-anak yatim dari Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan mengadakan majlis bersungkai bersama-sama di cawangan PHOP Berakas, kelmarin.

Kira-kira 80 anak yatim termasuk ahli keluarga mereka disajikan dengan hidangan pankek dan bermacam-macam lagi untuk berbuka puasa.

Selain itu, kanak-kanak berusia empat hingga 18 tahun turut dihiburkan dengan aktiviti menyeronokkan dan berpeluang memenangi beg-beg hadiah.

Anak-anak yatim menikmati juadah berbuka puasa di cawangan PHOP Brunei, Berakas.
Anak-anak yatim menikmati juadah berbuka puasa di cawangan PHOP Brunei, Berakas.

ARTIKEL YANG SAMA