Majlis Iftar untuk insan istimewa

Majlis Iftar untuk insan istimewa

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Julai – Pesuruhjaya Tinggi dan Persatuan Singapura, hari ini, telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama insan-insan istimewa dari Pusat Ehsan Al-Ameerah Al Hajjah Maryam dan SMARTER Brunei.

Majlis yang berlangsung di Restoran Le Taj, Kiulap itu dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Jaya Ratnam; Naib Presiden Persatuan
Singapura, Lawrence Hon; Pemegang Amanah Kanan Pusat Ehsan, Dato Paduka Haji Mohammad Alimin bin Haji Abdul Wahab; dan Presiden SMARTER Brunei, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman.

Menurut TYT Jaya Ratnam, majlis ini antara lain bertujuan untuk menunjukkan rasa penghargaan terhadap penduduk di negara ini atas layanan baik yang telah diberikan, di samping memberikan pengiktirafan kepada Pusat Ehsan dan SMARTER Brunei bagi sumbangan yang diberikan.

Manakala itu, Lawrence Hon pula menjelaskan bahawa persatuan berkenaan akan meneruskan usaha gigih bagi mengadakan acara-acara amal ini bagi memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Majlis itu diakhiri dengan penyampaian cek bernilai $1,500 kepada Pusat Ehsan dan SMARTER Brunei daripada Persatuan Singapura.

Tuan Yang Terutama Jaya Ratnam semasa menyampaikan ucapan.
Tuan Yang Terutama Jaya Ratnam semasa menyampaikan ucapan.
Lawrence Hon menyampaikan sumbangan kepada Dato Paduka Haji Mohammad Alimin bagi Pusat Ehsan.
Lawrence Hon menyampaikan sumbangan kepada Dato Paduka Haji Mohammad Alimin bagi Pusat Ehsan.

ARTIKEL YANG SAMA