Majlis Ilmu Halaqah Tazakkur

Majlis Ilmu Halaqah Tazakkur

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG – Majlis Ilmu Halaqah Tazakkur Sempena Sambutan Hari Guru Tahun 1437H/2015M baru sahaja bermula dan majlis pelancarannya telah diadakan baru-baru ini di Sekolah Ugama Kupang.

Hadir selaku tetamu kehormat melancarkan majlis itu pagi tadi ialah Ketua Bahagian Kenaziran di Jabatan Pengajian Islam, Haji Hasbi bin Haji Mohd Suhaily.

Menurut Pegawai Pengajian Islam Daerah Tutong, Hajah Norhayati binti Haji Sawal, antara objektif majlis itu diadakan ialah sebagai menyemarakkan Sambutan Hari Guru dengan majlis-majlis ilmu yang berkebajikan dan menghayati intipati yang terkandung di dalamnya, dan menerapkan nilai integriti yang tinggi di kalangan pegawai-pegawai dan guru-guru semasa bekerja atau berinteraksi dengan masyarakat.

Majlis Ilmu Halaqah Tazzakur pada tahun ini diadakan selama dua hari dan majlis ini akan disambung pada 7 November 2015 di Sekolah Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain.

Alam kehidupan seorang muslim

Ketua Bahagian Kenaziran di Jabatan Pengajian Islam, Haji Hasbi semasa menyampaikan ucapan, menyentuh dua aspek terpenting yang secara langsung berkaitrapat dengan alam kehidupan seseorang Muslim mengikut Al-Quran dan Sunnah Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wassalam.

Dua aspek terpenting yang dikongsikan itu ialah, pertama hubungan kita dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan aspek kedua ialah melihat kepada konsep kehidupan yang dilalui oleh setiap orang muslim.

Ketua Bahagian Kenaziran di Jabatan Pengajian Islam, Haji Hasbi semasa menyampaikan ucapan.
Ketua Bahagian Kenaziran di Jabatan Pengajian Islam, Haji Hasbi semasa menyampaikan ucapan.
Majlis pelancaran pagi tadi telah mengadakan ceramah motivasi yang bertajuk ‘Tarbiah Diri’ yang disampaikan oleh Penolong Kaunselor Penjara, Awang Fariszal.
Majlis pelancaran pagi tadi telah mengadakan ceramah motivasi yang bertajuk ‘Tarbiah Diri’ yang disampaikan oleh Penolong Kaunselor Penjara, Awang Fariszal.

Sebagai kesimpulannya, Haji Hasbi menyarankan agar kita seharusnya sentiasa berhijrah dari yang baik kepada yang lebih baik serta melaksanakan amanah dengan sebaik-baiknya dan menjalani kehidupan ini semata-mata ‘lillahi ta’ala’ iaitu kerana-NYA jua.

Majlis pelancaran pagi tadi telah mengadakan ceramah motivasi yang bertajuk ‘Tarbiah Diri’ yang disampaikan oleh Penolong Kaunselor Penjara, Awang Fariszal bin Ali yang menyentuh tentang isu-isu yang dapat menyuntik semangat dan motivasi guru-guru dan peserta.

Manakala pada sesi kedua yang akan diadakan di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain akan menfokuskan kepada perkongsian pengetahuan dan pengalaman daripada kalangan penerima anugerah guru cemerlang peringkat negara, guru-guru yang pernah mengikuti kursus dan guru-guru yang dikenalpasti mempunyai kemahiran dan pengalaman yang boleh dimanfaatkan oleh semua guru.

Fokus perbincangan tersebut itu nanti meliputi pelbagai isu yang menjadi cabaran di kalangan guru-guru, yang menyentuh kaedah pengajaran, ciri-ciri guru yang efektif dalam pengajaran.

Majlis Ilmu Halaqah Tazakkur ini merupakan salah satu aktiviti atau rancangan tahunan Pejabat Pengajian Islam Daerah Tutong untuk menyemarakkan dan menghidupkan lagi Sambutan Hari Guru tahun 1437H/2015M.

Dengan adanya majlis ini, ia akan dapat membantu pegawai-pegawai dan guru-guru agama khususnya dalam menambah nilai profesionalisme individu itu sendiri di samping dapat meningkatkan prestasi yang berkualiti semasa melakukan tugasan harian.

Seramai 400 lebih orang daripada kalangan pegawai-pegawai dan guru-guru yang menyertai dalam Majlis Ilmu Halaqah Tazakkur yang diadakan selama dua hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA