Majlis ilmu Ramadan & Kalamullah

Majlis ilmu Ramadan & Kalamullah

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jun – Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah (SHBIE) Universiti Brunei Darussalam (UBD), hari ini, telah mengadakan Majlis Ilmu sempena Ramadan Kareem 1436.

Majlis yang berlangsung di Teater Syarahan Pusat UBD itu, turut mengundang dua penceramah dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali(UNISSA), Dr Lily Suzana binti Haji Shamsu dan Pensyarah SHBIE, Pengiran Dr Hajah Nur-Ashikin binti Pengiran Haji Petra.

Kedua-dua penceramah telah membincangkan tajuk yang menjadi tema forum iaitu ‘Ramadan dan Kalamullah’.

Terdahulu sebelum itu, majlis telah dimulakan bacaan ayat suci Al-Quran daripada Awang Rojja Pebrian kemudian disusuli dengan forum yang seterusnya ditutup dengan bacaan doa yang disempurnakan oleh Haji Samsul Muawan bin Haji Shodiq.

Hadir sama di forum itu ialah warga pentadbiran SHBIE, jawatankuasa yang bertugas dan sebilangan mahasiswa dan mahasiswi UBD.

Tetamu Kehormat majlis (depan-kanan) bersama warga UBD ketika mendengarkan ceramah di majlis itu.
Tetamu Kehormat majlis (depan-kanan) bersama warga UBD ketika mendengarkan ceramah di majlis itu.
Antara mereka yang hadir di Majlis Ilmu sempena Ramadan Kareem.
Antara mereka yang hadir di Majlis Ilmu sempena Ramadan Kareem.
Dr Lily Suzana (tengah) ketika menyampaikan ceramah beliau di majlis ilmu itu.
Dr Lily Suzana (tengah) ketika menyampaikan ceramah beliau di majlis ilmu itu.

ARTIKEL YANG SAMA