Majlis keagamaan sempena Hari Polis ke-95

Majlis keagamaan sempena Hari Polis ke-95

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Dis – Sempena Hari Polis ke-95 tahun 2016, yang disambut setiap 1 Januari, Pasukan Polis Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Membaca Yasin, Tahlil, Doa Arwah dan Doa Selamat di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Bahrin bin Mohd Noor.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam, para pegawai, anggota dan kakitangan yang bertugas dengan Pasukan Polis Diraja Brunei, mantan-mantan Pesuruhjaya Polis, warga pasukan yang telah bersara, para penghulu dan ketua-ketua kampung, ahli-ahli Pengawasan Kejiranan di Daerah Brunei dan Muara dan juga Daerah Tutong serta kadet-kadet polis.

Acara telah dimulakan selepas menunaikan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah, kemudiannya menunaikan sembahyang Hajat berjemaah untuk memohon ke hadrat Allah S.W.T agar semua warga Pasukan Polis Diraja Brunei sentiasa dikurniakan kesihatan bagi melaksanakan tugas mencegah dan membanteras jenayah serta untuk perlindungan daripada Allah S.W.T agar warga pasukan dihindari daripada kecelakaan dan kesukaran dalam menjalankan tugas.

Pesuruhjaya Polis bersama pegawai-pegawai kanan lainnya pada majlis keagamaan tersebut.
Pesuruhjaya Polis bersama pegawai-pegawai kanan lainnya pada majlis keagamaan tersebut.

SONY DSC

Kemudian, acara diteruskan lagi dengan membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran sebelum diikuti dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah beramai-ramai yang dipimpin oleh imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong bagi memohon pahala disedekahkan kepada warga pasukan yang telah meninggal dunia.

Acara ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan dalam kalangan warga dan bekas warga pasukan serta ahli-ahli pengawasan kejiranan, di samping untuk menghargai khidmat bekas warga pasukan dan memberikan galakan serta suntikan semangat kepada warga yang masih berkhidmat yang mana tugas kepolisan adalah tugas mulia dalam usaha mengekalkan keamanan Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA