Majlis keagamaan sempena Hari Puja Usia Baginda Raja Isteri

Majlis keagamaan sempena Hari Puja Usia Baginda Raja Isteri

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Okt – Kumpulan Isteri-isteri Menteri-menteri Kabinet, Timbalan Menteri Kabinet, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap dan ahli Bersekutu hari ini mengadakan majlis tiga dalam satu sempena Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Majlis yang diserikan dengan majlis khatam Al-Quran, Doa Kesyukuran dan sembahyang Hajat itu diadakan di kediaman isteri Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Zalina binti Haji Omar selaku ketua Jawatankuasa Bahagian Keagamaan di Kampung Sungai Hanching.

Majlis khatam Al-Quran dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh isteri Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datin Paduka Hajah Jahrah binti Haji Mohammad selaku Pengerusi Kumpulan Isteri-isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan Menteri Kabinet, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap dan ahli Bersekutu.

Suasana pada majlis khatam Al-Quran anjuran Kumpulan Isteri-Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan Menteri Kabinet, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap dan ahli Bersekutu.

Manakala sembahyang sunat Hajat diimamkan oleh Hajah Sarimah binti Haji Abu Bakar, isteri timbalan setiausaha tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama seterusnya bacaan Doa Kesyukuran dibacakan oleh Datin Hajah Jama’iah binti Haji Awang Abdul Manap, isteri Timbalan Menteri Pendidikan.

Turut hadir di majlis itu, isteri Menteri Pendidikan Datin Hajah Asmah binti Haji Abdul Rahman selaku Timbalan Pengerusi Kumpulan Isteri-Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan Menteri Kabinet, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap dan ahli Bersekutu.

Majlis seumpama ini merupakan aktiviti tahunan Kumpulan Isteri-Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan Menteri Kabinet, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap dan ahli Bersekutu sebagai tanda kasih dan menzahirkan rasa kesyukuran bersempena memperingati Hari Puja Usia Baginda Raja Isteri.

ARTIKEL YANG SAMA