Majlis Keagamaan TLDB

Majlis Keagamaan TLDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Okt – Lebih 40 orang isteri dan waris bekas anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), baru-baru ini, telah menghadiri Majlis Membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Arwah bagi anggota TLDB yang telah kembali ke rahmatullah, yang berlangsung di Mangrove Paradise Resort, Jalan Kota Batu.

Hadir pada itu ialah isteri mantan Pemerintah TLDB, Pehin Datu Juragan Laila Diraja Kolonel (B) Dato Seri Pahlawan Haji Kifli bin Haji Razali iaitu Datin Hajah Hajijah binti Haji Zaini.

Majlis yang julung-julung kalinya diadakan itu bertujuan untuk mengeratkan tali silaturahim dalam kalangan isteri-isteri mantan anggota TLDB dan supaya ikatan yang sedia ada semakin erat setelah bertahun lamanya tidak kedengaran berita.

Selain itu, ia juga merupakan jalan pertama untuk memperbanyakkan lagi perkumpulan semula dan merancang akan membuat acara yang sama pada tahun-tahun yang akan datang.

Hajah Zabaidah binti Haji Besar isteri kepada Kolonel (B) Haji Mahali bin Haji Majid ketika menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.
Hajah Zabaidah binti Haji Besar isteri kepada Kolonel (B) Haji Mahali bin Haji Majid ketika menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.
Sesi bergambar ramai tetamu kehormat bersama dengan isteri-isteri dan ahli waris mantan anggota TLDB.
Sesi bergambar ramai tetamu kehormat bersama dengan isteri-isteri dan ahli waris mantan anggota TLDB.

ARTIKEL YANG SAMA