Majlis Keselamatan PBB kecam tindakan Korea U

Majlis Keselamatan PBB kecam tindakan Korea U

NEW YORK, 25 Ogos – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bermesyuarat selama dua jam pada Rabu untuk membincangkan ujian pelancaran peluru berpandu Korea Utara ke arah Jepun dan bersetuju mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan itu.

Duta Malaysia ke badan dunia itu, Datuk Ramlan Ibrahim, berkata kebanyakan anggota majlis berkenaan mengutuk pelancaran itu dan akan melihat bagaimana untuk mengeluarkan kenyataan.

Awal bulan ini, Korea Utara melancarkan ujian tembakan peluru berpandu balistik secara langsung ke arah perairan dikawal Jepun buat kali pertama, yang mengundang kemarahan Tokyo.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, menyifatkan pelancaran terbaru itu sebagai ‘amat membimbangkan’ dan berkata Korea Utara membelakangkan desakan antarabangsa supaya tidak berbuat demikian. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA