Majlis kesyukuran Hari Belia

Majlis kesyukuran Hari Belia

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Ogos – Sempena memperingati Sambutan Hari Belia Kebangsaan yang disambut 1 Ogos setiap tahun, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran, solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Masjid Kampung Bunut, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Haji Hazair bin Haji Abdullah.

Turut hadir adalah para alumni Program Khidmat Bakti Negara, ahli-ahli persatuan-persatuan belia, pelatih-pelatih Pusat Pembangunan Belia, bakal dan bekas peserta Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara, para penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, anggota beruniform serta tidak ketinggalan para penduduk sekitar bagi sama-sama memohon keberkatan agar para belia di negara ini akan lebih sempurna dalam semua perkara.

Yang Berhormat Pehin Haji Hazair bersama para hadirin yang lain ketika bersembahyang jemaah memanjat rasa syukur sempena Hari Belia Kebangsaan.
Yang Berhormat Pehin Haji Hazair bersama para hadirin yang lain ketika bersembahyang jemaah memanjat rasa syukur sempena Hari Belia Kebangsaan.

Pada tahun ini, Sambutan Hari Belia Kebangsaan akan diadakan esok (1 September) di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Antara tujuannya adalah untuk memartabatkan pergerakan belia sambil memperingati dan menyambut Hari Belia Kebangsaan dengan mengumpulkan para belia seluruh negara dalam satu perhimpunan dengan kegiatan yang bermakna.

ARTIKEL YANG SAMA