Majlis Kesyukuran HUT ABDB

Majlis Kesyukuran HUT ABDB

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) akan menyambut Hari Ulang Tahun ke-55 pada tahun ini dengan upacara kemuncak yang akan diadakan di Akademi Pertahanan ABDB di Tanah Jambu, esok.

Manakala itu, bagi memberkati dan menyemarakkan sambutannya kali ini, seluruh surau di perkhemahan dan pangkalan ABDB telah mengadakan Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah serta Membaca Surah Yasin.

Berangkat menyertai warga ABDB di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral ABDB.

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit dan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Turut hadir ialah mantan Pemerintah ABDB yang kini Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof. Majlis bermula dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran diikuti dengan solat Maghrib berjemaah diimamkan oleh Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB, JA’MAAT, Kapten Ariffin bin Amit.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei malam tadi berkenan berangkat ke Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) ABDB ke-55 di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei malam tadi berkenan berangkat ke Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) ABDB ke-55 di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan menandatangani plak kenangan keberangkatan.
Duli Yang Teramat Mulia berkenan menandatangani plak kenangan keberangkatan.
Duli Pengiran Muda Mahkota berkenan bergambar ramai.
Duli Pengiran Muda Mahkota berkenan bergambar ramai.

Bacaan Surah Yasin dan Tahlil pula dipimpin oleh Pegawai Agama Kanan Kementerian Pertahanan, Awang Ruslan bin Haji Sulaiman yang kemudiannya turut membaca doa kesyukuran.

Majlis diteruskan dengan solat Isyak yang sekali lagi diimamkan oleh Kapten Ariffin.

Duli Yang Teramat Mulia kemudiannya dijunjung ke Mes Pegawai Bokiah Garison bagi Majlis Santap Malam, sebelum berkenan menyaksikan tayangan klip foto, bergambar ramai dan juga menandatangani Lembaran Keberangkatan sebelum berangkat meninggalkan Mes Pegawai.

Antara yang hadir ialah ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera dan komandan, pengarah, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB. Juga hadir ialah mantan-mantan timbalan menteri pertahanan dan pemerintah ABDB.

ARTIKEL YANG SAMA