Majlis Kesyukuran, Istiadat Bersiram

Majlis Kesyukuran, Istiadat Bersiram

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Sept – Majlis Doa Selamat serta Doa Kesyukuran Istiadat Bersiram bagi Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah sempena selamat meluaran Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dilangsungkan di Surau Istana Nurul Iman, hari ini.

Majlis telah berlangsung di hadapan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz sebelum diteruskan dengan laungan Dikir Syarafil Anam dan bacaan rawi.

Dikir Marhaban menyusuli majlis sambil diiringi dengan 19 das tembakan meriam sebelum acara merenjis minyak wangi-wangian disusuli doa selamat yang dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

YAM Pengiran Lela Cheteria Pengiran Anak Haji Abdul Aziz ketika berada di majlis berkenaan.
YAM Pengiran Lela Cheteria Pengiran Anak Haji Abdul Aziz ketika berada di majlis berkenaan.
Barisan menteri-menteri kabinet yang turut hadir di majlis itu.
Barisan menteri-menteri kabinet yang turut hadir di majlis itu.
Doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.
Doa selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.
Yang Dimuliakan Pehin Haji Suhaili memimpin bacaan Surah Al-Fatihah.
Yang Dimuliakan Pehin Haji Suhaili memimpin bacaan Surah Al-Fatihah.
Suasana di bahagian perempuan majlis berkenaan.
Suasana di bahagian perempuan majlis berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA