Majlis kesyukuran kepulangan jemaah haji

Majlis kesyukuran kepulangan jemaah haji

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Okt – Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB), hari ini, telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Kepulangan Jemaah Haji Muslim Haji 1437H / 2016M dan Sambutan Awal Tahun Hijrah 1438 yang berlangsung di Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Harun bin Haji Juned.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan DHSB, Haji Mahmud bin Haji Mohamed, Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Haji Rosdi Amin bin Dato Paduka Haji Yaakub serta para jemaah haji.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah sebelum Ceramah Tazkirah Hijrah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Jufri bin Haji Hidup.

Beliau dalam ceramahnya menyentuh mengenai hijrah selepas haji dan juga mengenai dengan sejarah hijrah semasa perjuangan Nabi Muhammad S.A.W.

Haji Harun semasa hadir di Majlis Doa Kesyukuran dan Sambutan Awal Tahun Hijrah Darussalam Holdings Sdn Bhd.
Haji Harun semasa hadir di Majlis Doa Kesyukuran dan Sambutan Awal Tahun Hijrah Darussalam Holdings Sdn Bhd.
Antara kaum wanita yang hadir pada majlis itu.
Antara kaum wanita yang hadir pada majlis itu.

Beliau menyeru agar umat Islam sering kali taat akan perintah Allah S.W.T dan meninggalkan segala larangan-Nya tidak kira di mana mereka berada seperti ketika menunaikan haji, selesai menunaikan haji dan seumpamanya.

Ini, tekan beliau lagi, adalah hamba Allah S.W.T yang sebenar-benarnya.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan laungan Dikir Marhaban dan Doa Kesyukuran.

Antara lain tujuan majlis berkenaan adalah untuk menunjukkan penghargaan kepada jemaah haji yang menggunakan khidmat Pakej Haji Darussalam Holdings.

ARTIKEL YANG SAMA