Majlis kesyuk...

Majlis kesyukuran Maulidur Rasul

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Feb – Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W, Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan Penghargaan serta Penyampaian Sijil kepada 30 ahlinya yang menyertai Perbarisan Sambutan Maulud Nabi Muhammad
S.A.W 1438 Hijrah.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil penghargaan ialah Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

Majlis telah dimulakan dengan solat fardu Maghrib berjemaah dan bacaan Surah Al-Fatihah serta selawat oleh imam masjid tersebut, Awang Mohd Hasnol bin Haji Mohammad. Bagi memeriahkan lagi majlis itu, Dikir Marhaban juga dilaungkan oleh jemaah masjid yang diketuai oleh Awang Mohd Hasnol.

Haji Amir Hisham menyampaikan sijil penghargaan kepada ahli-ahli yang telah menyertai Perbarisan Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W.
Haji Amir Hisham menyampaikan sijil penghargaan kepada ahli-ahli yang telah menyertai Perbarisan Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W.