Majlis kesyukuran rai pelajar baru program diploma ITQSHHB

Majlis kesyukuran rai pelajar baru program diploma ITQSHHB

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jun – Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), hari ini, telah mengadakan Majlis Kesyukuran sempena penerimaan siswa/siswi bagi Program Diploma ‘Aliyah Qiraat Sesi Pengajian 2015-2018, yang berlangsung di Musolia, ITQSHHB, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Harun bin Haji Junid.

Turut hadir ialah para pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama, pegawai, pensyarah, guru-guru serta ibu bapa siswa/siswi Program Diploma ‘Aliyah Qiraat yang diraikan.

Seramai 18 orang (13 orang siswa dan 5 orang siswi) yang telah diterima bagi program kali ke-6 berkenaan diraikan di majlis tersebut, yang juga diadakan sebagai projek tahunan ITQSHHB.

Majlis dimulakan dengan solat Hajat yang diimamkan oleh Haji Mutiaa Alkabani Mahmoud, seterusnya diikuti dengan bacaan Surah Yasin oleh Awang Muhammad Asmawi bin Haji Abu Bakar, dan bacaan Ratib Al-Attas oleh siswa Diploma ‘Aliyah Qiraat, Awang Muhammad Hasbul Wafi bin Haji Ahmad.

Haji Harun (dua dari kiri) hadir selaku tetamu kehormat majlis kesyukuran sempena penerimaan siswa/siswi ITQSHHB bagi Program Diploma ‘Aliyah Qiraat.
Haji Harun (dua dari kiri) hadir selaku tetamu kehormat majlis kesyukuran sempena penerimaan siswa/siswi ITQSHHB bagi Program Diploma ‘Aliyah Qiraat.
Siswa-siswi yang telah diterima masuk bagi Program Diploma ‘Aliyah Qiraat.
Siswa-siswi yang telah diterima masuk bagi Program Diploma ‘Aliyah Qiraat.

Selain itu, majlis turut menyaksikan penyampaian Mushaf Al-Quran dan Kitab Qiraat yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Siswa dan siswi yang diraikan kemudian membaca ikrar dengan diketuai oleh salah seorang siswa Diploma ‘Aliyah Qiraat, Awang Muhammad Yusrun bin Haji Jahari.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh tenaga pengajar ITQSHHB, Awang Abdul Azim bin Haji Ali.