Majlis kesyukuran sempena 30 tahun UBD

Majlis kesyukuran sempena 30 tahun UBD

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Okt – Universiti Brunei Darussalam, hari ini, telah mengadakan majlis sembahyang Hajat berjemaah, membaca surah Yasin, tahlil dan doa kesyukuran sempena 30 tahun penubuhan institusi pengajian tinggi berkenaan, yang berlangsung di Masjid UBD, di sini.

Hadir selalu tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi dan Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

Majlis berkenaan turut menyaksikan kehadiran ahli-ahli Majlis UBD, para pegawai kanan UBD, pensyarah serta alumni UBD yang sama-sama menunaikan solat fardu Maghrib dan Hajat berjemaah sebagai pembuka majlis berkenaan.

Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa kesyukuran yang dipimpin imam Masjid UBD.

Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi dan Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bersama jemaah yang lain menunaikan solat Hajat berjemaah sempena 30 tahun penubuhan UBD.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi dan Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bersama jemaah yang lain menunaikan solat Hajat berjemaah sempena 30 tahun penubuhan UBD.

ARTIKEL YANG SAMA