Majlis Kesyukuran Sempena Puja Usia KDYMM Baginda Raja Isteri

Majlis Kesyukuran Sempena Puja Usia KDYMM Baginda Raja Isteri

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Okt – Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) telah mengadakan majlis sembahyang berjemaah dan doa kesyukuran sempena Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha yang berlangsung di Rumah Aman, Ibu Pejabat Polis Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah isteri Pesuruhjaya Polis, juga selaku Yang Di-Pertua PEKERTI, Datin Hajah Kamariah binti Haji Abdul Hamid. Turut hadir pada majlis tersebut ialah ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI, wakil-wakil dari tujuh cawangan PEKERTI berserta ahli-ahli PEKERTI.

Majlis bermula dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai serta Doa Kesyukuran dan diteruskan dengan sembahyang fardu Isyak berjemaah. Majlis seumpama ini adalah salah satu aktiviti tahunan PEKERTI yang telah dikendalikan oleh Badan Keugamaan PEKERTI.

Sembahyang fardu berjemaah oleh Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) yang diadakan di Rumah Aman, Ibu Pejabat Polis Gadong.
Sembahyang fardu berjemaah oleh Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) yang diadakan di Rumah Aman, Ibu Pejabat Polis Gadong.