Majlis kesyukuran sempena sambutan Hari Guru

Majlis kesyukuran sempena sambutan Hari Guru

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Sept – Kementerian Pendidikan dengan kerja-sama Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), hari ini mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Guru ke-25 yang berlangsung di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara.

Hadir pada majlis itu ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman.

Lebih 1,500 orang terdiri daripada para pengarah, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Pendidikan dan KHEU, pata guru, pendidik yang telah bersara, penuntut-penuntut serta orang ramai turut hadir sama bagi menyemarakkan lagi majlis berkenaan.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Asar berjemaah yang diimamkan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Hamidon bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Abdul Hamid yang juga mengetuai bacaan Ratib Al-Attas.

Menteri Pendidikan,Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman (tengah) semasa menghadiri Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Guru ke-25 yang berlangsung di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien. – Gambar Pg Fairol RMF

Yang Berhormat Pehin Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar dan Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad semasa menghadiri Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Guru ke-25 di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, kelmarin.

Manakala itu, Doa Kesyukuran Hari Guru telah dipimpin oleh Penguasa Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Awang Zulkifli bin Haji Murat.

Acara kemuncak Majlis Sambutan Hari Guru ke-25 yang membawa tema ‘Guru Pemangkin Insan Berwawasan’ akan diadakan esok (23 Sept) di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Manakala itu, Majlis Penyampaian Anugerah Khas (Special Mention) Sambutan Hari Guru ke-25 tahun 2015 akan diadakan pada sebelah petang di tempat yang sama esok.

Majlis Doa Kesyukuran bagi sekolah-sekolah di bawah kawalan Kementerian Pendidikan dan KHEU seluruh negara pula akan diadakan secara serentak pada 28 September ini di sekolah masing-masing.