Majlis kesyukuran ulang tahun ke-30 ITB

Majlis kesyukuran ulang tahun ke-30 ITB

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jan – Sempena 30 tahun penubuhan Institut Teknologi Brunei (ITB), institusi itu mengadakan majlis kesyukuran di Masjid Universiti, Jalan Tungku Link hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Naib Canselor ITB, Prof. Madya Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman serta setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap, pegawai-pegawai kanan di Kementerian Pendidikan.

Majlis malam tadi itu dimulakan dengan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah, sembahyang sunat Hajat dan kemudian disusuli dengan doa kesyukuran, bacaan Surah Yasin dan juga tahlil.

Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi semasa hadir pada majlis itu.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi semasa hadir pada majlis itu.
Antara yang hadir memeriahkan lagi sambutan ulang tahun ITB ke-30.
Antara yang hadir memeriahkan lagi sambutan ulang tahun ITB ke-30.

Majlis itu juga diteruskan lagi dengan sembahyang fardhu Isyak berjemaah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan ITB, institusi itu telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan jumlah pengambilan pelajar pada masa itu seramai 57 orang.

Sehingga hari ini, ITB telah melahirkan seramai 5,006 orang graduan.