Majlis Khatam ABDB sempena HUT ke-55

Majlis Khatam ABDB sempena HUT ke-55

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) petang tadi telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bersempena dengan Hari Ulang Tahun (HUT) ABDB ke-55 tahun yang berlangsung di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.

Hadir pada majlis tersebut ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Turut hadir ialah pemerintah angkatan bersama ABDB, para pengarah, pegawai dan anggota ABDB.

Acara dimulakan dengan bacaan Khatam Al-Quran, bacaan Takhtim dan Doa Khatam serta diteruskan dengan laungan Dikir Marhaban oleh Imam Surau Kementerian Pertahanan, Awang Syu’aib bin Haji Abdullah.

Majlis berakhir dengan sembahyang fardu Asar berjemaah.

Majlis sama turut diadakan secara serentak di kesemua surau garison, perkhemahan dan pangkalan ABDB.

Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih ketika menyampaikan bunga telur kepada peserta khatam.
Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih ketika menyampaikan bunga telur kepada peserta khatam.