Majlis Khatam Al-Quran ABDB

Majlis Khatam Al-Quran ABDB

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Julai – Seramai 70 orang warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Majlis yang diadakan di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison itu turut dihadiri oleh pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, para pengarah, pegawai kanan, para pegawai dan anggota serta kakitangan ABDB.

Majlis seumpama ini diadakan pada setiap tahun khas bagi Sambutan Hari Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan dalam menzahirkan rasa kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wata\ʼala atas limpah rahmat dan nikmatnya menjadikan Negara Brunei Darussalam berada dalam keadaan aman dan sejahtera, di samping mendukung hasrat Baginda Sultan untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir dengan rakyatnya celik Al-Quran.

Yang Dimuliakan Pehin Mohd Tawih bersama 70 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang menyertai bacaan Khatam Al-Quran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Baginda Sultan ke-70 tahun.
Yang Dimuliakan Pehin Mohd Tawih bersama 70 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang menyertai bacaan Khatam Al-Quran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Baginda Sultan ke-70 tahun.

ARTIKEL YANG SAMA