Majlis Khatam Al-Quran bagi guru-guru agama

Majlis Khatam Al-Quran bagi guru-guru agama

Oleh Md Khairuddin Haji Kamis

 

SATU majlis khatam Al-Quran bagi guru-guru agama telah diadakan di Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam, Kampung Mulaut, baru-baru ini. Majlis yang diadakan setahun sekali ini adalah sempena menyambut bulan Ramadan dan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama, Kawasan Brunei IV.

Acara tersebut telah dihadiri oleh seramai 338 orang guru agama kawasan Brunei IV. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, seterusnya bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Nas. Acara kemudian disusuli dengan bacaan tahlil dan doa arwah serta penyampaian derma kepada ahli keluarga salah seorang guru yang telah meninggal dunia.

Hadir sebagai tetamu khas ialah Haji Rusli bin Haji Mohd Salleh, Pemangku Penolong Pengarah (Perkhidmatan Korporat), Jabatan Pengajian Islam. Majlis ditutup dengan penyampaian cenderamata daripada pengerusi majlis, Haji Azis @ Haji Sulaiman bin Haji Pungut kepada tetamu khas majlis dan seterusnya sumbangan bunga-bunga telur kepada tetamu-tetamu majlis.

Majlis Khatam Al-Quran bagi guru-guru agama kawasan Brunei IV.
Majlis Khatam Al-Quran bagi guru-guru agama kawasan Brunei IV.

ARTIKEL YANG SAMA