Majlis Khatam Al-Quran di Balai Penghadapan

Majlis Khatam Al-Quran di Balai Penghadapan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar hari ini berkenan mengepalai Majlis Khatam Al-Quran di Balai Penghadapan Bukit Kayangan (gambar).

Majlis dimulakan sejurus selepas Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah bersabda supaya majlis dimulakan.

Bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Abdul Hamid bin Bakal diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh sebahagian daripada pembesar negara bermula daripada Surah Ad-Dhuha sehingga ke Surah Al-Masad.

pg01_150630_a

Doa khatam dibacakan Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Yahya bin Haji Ibrahim sebelum diteruskan dengan majlis berzikir yang dimulakan dengan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Haji Emran bin Haji Kunchang.

Doa selamat di akhir majlis dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Abdul Hamid bin Bakal.

Turut hadir Pengiran-Pengiran Chateria, Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri, Pehin-Pehin Manteri, Manteri-manteri Hulubalang, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara serta tetamu jemputan yang lain.

ARTIKEL YANG SAMA