Majlis khatam Al-Quran gabungan MWNBD

Majlis khatam Al-Quran gabungan MWNBD

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Okt – Seramai 150 ahli gabungan di bawah Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD) diraikan dalam majlis khatam Al-Quran yang julung-julung kalinya diadakan sempena sambutan Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha yang berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis/Madang hari ini.

Majlis yang dikendalikan oleh Persatuan PERTIWI, Persatuan Kebajikan Perempuan (PKP) dan Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) itu diselajurkan dengan majlis doa kesyukuran, solat fardu Maghrib dan Isyak berjemaah, diikuti bacaan Surah Yasin dan doa khas dipimpin oleh Imam Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Awang Nuzli bin Haji Jumat.

Majlis khatam itu dihadiri 300 ahli terdiri daripada 13 persatuan yang bergabung dengan MWNBD dan turut dihadiri oleh Yang Di-Pertua Persatuan PERTIWI Datin Hajah Siti Hajar binti POKSS Dato Paduka Haji Mohd Yusof.

KIRI: Ahli MWNBD dan 13 persatuan yang bergabung dengan MWNBD mengerjakan solat fardu Maghrib dan Isyak berjemaah.
KIRI: Ahli MWNBD dan 13 persatuan yang bergabung dengan MWNBD mengerjakan solat fardu Maghrib dan Isyak berjemaah.
Antara yang hadir pada majlis khatam Al-Quran sempena sambutan Puja Usia Baginda Raja Isteri.
Antara yang hadir pada majlis khatam Al-Quran sempena sambutan Puja Usia Baginda Raja Isteri.

Turut hadir ialah Naib Yang Dipertua 1, Pengiran Datin Paduka Hajah mariam binti Pengiran Haji Matarsat dan Naib Yang Dipertua, Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri dan ahli Lembaga Tadbir MWNBD serta ahli-ahli persatuan lainnya.

Majlis khatam turut diserikan dengan Dikir Marhaban dan Doa Allah Peliharakan Sultan.

ARTIKEL YANG SAMA