Majlis Khatam Al-Quran JPM

Majlis Khatam Al-Quran JPM

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jun – Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen, petang tadi, telah menandakan berakhirnya Majlis Tadarus Al-Quran Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan-jabatan di Bawahnya yang telah diadakan sejak awal Ramadan yang lalu.

Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri di JPM dan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

Turut hadir ialah Pemangku Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di JPM, Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud; Timbalan Menteri di JPM, Dato Paduka Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar; setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan serta para pegawai kanan dan kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman, Dato Paduka Haji Mohd Roselan, dan Dato Paduka Haji Hamdan semasa majlis khatam Al-Quran tersebut.
Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman, Dato Paduka Haji Mohd Roselan, dan Dato Paduka Haji Hamdan semasa majlis khatam Al-Quran tersebut.
Antara para pegawai dan kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya yang menghadiri majlis tersebut di Masjid Ash-Shaliheen.
Antara para pegawai dan kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya yang menghadiri majlis tersebut di Masjid Ash-Shaliheen.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Imam Masjid Ash-Shaliheen, Haji Mohd Aslenan bin Haji Metusin dan diikuti dengan bacaan surah-surah lazim beramai-ramai dan bacaan takhtim serta Doa Khatam Al-Quran.

Kemudian, majlis diteruskan dengan berbuka puasa dan solat fardu Maghrib berjemaah.

Majlis tersebut dikelolakan bersama oleh Bahagian Media dan Kabinet, JPM; Jabatan Mufti Kerajaan; Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat; Jabatan Perkhidmatan Elektrik; Jabatan Kehakiman Negara; Pasukan Polis Diraja Brunei; Jabatan Percetakan Kerajaan; Pusat Kebangsaan e-Kerajaan; Suruhanjaya Perkhidmatan Awam; Jabatan Penerangan; dan Biro Kawalan Narkotik.

ARTIKEL YANG SAMA