Majlis Khatam Al-Quran JPMC

Majlis Khatam Al-Quran JPMC

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jun – Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) hari ini mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, Tahlil dan Iftar yang berlangsung di Studio Pemulihan JPMC.

Hadir pada majlis yang dianjurkan buat tahun keduanya ini ialah ahli Lembaga Pengarah JPMC, Awang Abdul Latiff bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof; Ahli-ahli Lembaga Pengarah JPMC, Haji Bahrin bin Haji Mohd Yussof; Pengarah Eksekutif dan Pengarah Perubatan JPMC, Dato Paduka Dr. Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar, pengarah-pengarah dan kakitangan serta orang ramai.

Majlis Khatam Al-Quran diketuai oleh Imam Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Jerudong, Haji Kamaruzaman bin Haji Jakar, bersama beberapa orang kakitangan JPMC, Gleneagles JPMC (GJPMC) dan juga ahli-ahli dikir Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma kepada lebih 30 orang anak yatim yang terpilih di kawasan Mukim Jerudong, disampaikan oleh Awang Abdul Latiff diikuti dengan majlis berbuka puasa dan solat fardu Maghrib berjemaah.

Antara warga JPMC dan GJPMC semasa Majlis Khatam Al-Quran tersebut.
Antara warga JPMC dan GJPMC semasa Majlis Khatam Al-Quran tersebut.
Awang Abdul Latiff menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim.
Awang Abdul Latiff menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim.

ARTIKEL YANG SAMA