Majlis Khatam Al-Quran Kem. Kewangan di Masjid Ash-Shaliheen

Majlis Khatam Al-Quran Kem. Kewangan di Masjid Ash-Shaliheen

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di bawahnya serta bahagian-bahagian di dalamnya, hari ini, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Ash-Shaliheen Kompleks Bangunan Jabatan Perdana Menteri sempena bulan Ramadan 1436 Hijrah.

Hadir di majlis itu ialah Pemangku Menteri Kewangan II, Dato Paduka Haji Bahrin bin Abdullah.

Turut hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, para pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Di majlis itu, bacaan doa Khatam Al-Quran dan tahlil dipimpin oleh Imam Masjid Ash-Shaliheen, Haji Muhammad Aslenan bin Haji Metussin.

Majlis turut diselajurkan dengan berbuka puasa beramai-ramai dan sembahyang fardu Maghrib berjemaah.

Dato Paduka Haji Bahrin yang hadir selaku tetamu kehormat.
Dato Paduka Haji Bahrin yang hadir selaku tetamu kehormat.
Antara yang hadir di Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Ash-Shaliheen.
Antara yang hadir di Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Ash-Shaliheen.

Pada tahun ini Kementerian Kewangan telah mengadakan Majlis Bertadarus di empat buah masjid iaitu Masjid Kampung Pelambayan, Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Masjid Al-Ameerah Hajjah Maryam dan Masjid Ash-Shaliheen di mana wakaf-wakaf daripada pegawai-pegawai dan kakitangan kementerian turut disampaikan kepada pihak masjid berkenaan.

Majlis Bertadarus dan Khatam Al-Quran Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di bawahnya serta bahagian-bahagian di dalamnya tahun ini dikendalikan oleh Tabung Amanah Pekerja.

ARTIKEL YANG SAMA