Majlis khatam Al-Quran Kem. Perhubungan

Majlis khatam Al-Quran Kem. Perhubungan

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jun – Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa 1437H/2016M di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan, Haji Azhar bin Haji Ahmad, pengarah-pengarah, ketua-ketua bahagian, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan di Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Yang Berhormat Dato Paduka Haji Mustappa hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan.
Yang Berhormat Dato Paduka Haji Mustappa hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Menteri Perhubungan, diikuti dengan Khatam Al-Quran beramai-ramai yang dipimpin oleh Imam Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Haji Mohd Ashraf bin Haji Bujang dan diselajurkan dengan Majlis Berbuka Puasa serta Solat Fardu Maghrib berjemaah.

Selain itu, sumbangan wakaf berupa penyedut hampa gas dan permaidani/karpet bagi keperluan surau berkenaan telah disampaikan oleh Menteri Perhubungan dan juga Setiausaha Tetapnya.

Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa 1437H/2016M Kementerian Perhubungan itu telah dikelolakan bersama oleh Jabatan Pelabuhan dan Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Perhubungan.

ARTIKEL YANG SAMA