Majlis Khatam Al-Quran Kementerian Pertahanan

Majlis Khatam Al-Quran Kementerian Pertahanan

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Julai – Kementerian Pertahanan turut tidak ketinggalan mengadakan majlis khatam Al-Quran sebagai penutup Tadarus di bulan Ramadan, yang berlangsung di surau kementerian berkenaan, di Bolkiah Garison.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit.

Turut hadir ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, timbalan-timbalan setiausaha tetap di Kementerian Pertahanan, serta para pengarah tentera dan awam di Kementerian Pertahanan.

Bacaan Surah Al-Fatihah memulakan acara, diikuti dengan bacaan ayat-ayat lazim Al-Quran beramai-ramai dan tahtim sebelum ditutup dengan bacaan Doa Khatam.

Majlis berkenaan merupakan salah satu usaha kementerian dalam menggalakkan kegiatan-kegiatan keagamaan di bulan Ramadan dan ia juga sebagai acara tahunan yang diadakan setiap bulan Ramadan dengan tujuan untuk menggalakkan warga kementerian dan ABDB untuk melengkapkan bacaan 30 juz Al-Quran.

Timbalan Menteri Pertahanan dan Pemerintah ABDB hadir pada majlis khatam Al-Quran tersebut.
Timbalan Menteri Pertahanan dan Pemerintah ABDB hadir pada majlis khatam Al-Quran tersebut.
Peserta-peserta khatam Al-Quran bagi Kementerian Pertahanan yang berlangsung di surau kementerian berkenaan.
Peserta-peserta khatam Al-Quran bagi Kementerian Pertahanan yang berlangsung di surau kementerian berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA