Majlis Khatam Al-Quran KUPU SB

Majlis Khatam Al-Quran KUPU SB

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Dis – Staf Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), hari ini, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di Dewan Tarbiyyah, KUPU SB, di ibu negara. Antara tujuan majlis adalah untuk memohon keberkatan, perlindungan dan kerahmatan daripada Allah S.W,T, sekali gus mengeratkan tali silaturahim di antara staf KUPU SB.

Majlis Khatam Al-Quran bagi semester 1 sesi 2015/2016, yang dihadiri oleh ra’es, para pegawai dan kakitangan KUPU SB ini juga menjadi wadah merealisasikan hasrat menjadikan Brunei sebagai Negara Zikir.

ARTIKEL YANG SAMA