Majlis Khatam Al-Quran Mahkamah Syariah

Majlis Khatam Al-Quran Mahkamah Syariah

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini, Mahkamah-mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Dewan Serba Guna, Bangunan Mahkamah Besar Brunei dan Mahkamah-mahkamah Syariah, Jalan Stoney, di sini.

Hadir dalam majlis itu ialah Pemangku Ketua Hakim Syarie, Yang Arif/Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Salim bin Haji Besar.

Turut hadir ialah hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Syarie serta para pegawai dan kakitangan Mahkamah-mahkamah Syariah dan Jabatan Kehakiman Negara.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pemangku Ketua Hakim Syarie disusuli dengan bacaan khatam secara beramai-ramai.

Majlis khatam itu disemarakkan lagi dengan penyampaian sumbangan Hari Raya yang disempurnakan oleh Pemangku Ketua Hakim Syarie, seterusnya majlis bersungkai dan diselajurkan dengan menunaikan sembahyang Maghrib berjemaah.

Acara tadarus Al-Quran bagi Mahkamah-mahkamah Syariah telah bermula pada 24 Jun lalu.

ARTIKEL YANG SAMA