Majlis khatam Al-Quran Masjid Kg Sg Buloh

Majlis khatam Al-Quran Masjid Kg Sg Buloh

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – Seramai 224 orang dalam kalangan ahli Jawatankuasa Takmir Masjid, belia dan beliawanis, jemaah Masjid Kampung Sungai Buloh serta penduduk kampung mengikuti Majlis Khatam Al-Quran sempena tadarus Al-Quran dalam bulan Ramadan yang berlangsung di masjid berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat dan diikuti bacaan surah-surah lazim, Takhtim dan doa khatam oleh ketua imam.

Acara kemudian diteruskan dengan majlis penyampaian sagu hati Imam Tahfiz yang mengimamkan sembahyang sunat Tarawih di Masjid Kampung Sungai Buloh dan untuk para pembaca Al-Quran serta penyampaian sagu hati kepada tetamu kehormat.

Majlis Khatam Al-Quran sempena tadarus Al-Quran yang berlangsung di Masjid Kampung Sungai Buloh, kelmarin.
Majlis Khatam Al-Quran sempena tadarus Al-Quran yang berlangsung di Masjid Kampung Sungai Buloh, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA