Majlis Khatam Al-Quran Menteri Hal Ehwal Ugama

Majlis Khatam Al-Quran Menteri Hal Ehwal Ugama

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Majlis Bertadarus Al-Quran yang diadakan di kediaman Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman pada 8 Jun lalu, berakhir hari ini, dengan Majlis Khatam Al-Quran.

Hadir pada majlis itu ialah mantan-mantan Menteri Hal Ehwal Ugama; Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Haji Harun bin Haji Junid dan Awang Roslan bin Haji Taja’ah; para pengarah, pegawai kanan dan kakitangan KHEU.

Pada majlis itu, Takhtim Al-Quran telah dibacakan oleh pegawai-pegawai hal ehwal masjid, seterusnya bacaan Tahlil telah dipimpin oleh Penguasa Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Awang Zulkifli bin Haji Murat manakala itu, Doa Khatam pula dibacakan oleh tenaga pengajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), Haji Hashim bin Haji Abdullah.

Sementara itu, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam pula dibacakan oleh tenaga pengajar Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMRIPAD), Awang Ali Mustapha Ali, majlis diteruskan lagi dengan majlis bersungkai dan mengerjakan solat Fardu Maghrib secara berjemaah.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Badaruddin semasa Majlis Khatam Al-Quran.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Badaruddin semasa Majlis Khatam Al-Quran.

ARTIKEL YANG SAMA