Majlis Khatam Al-Quran pelajar SU Kiudang

Majlis Khatam Al-Quran pelajar SU Kiudang

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 5 Okt – Sekolah Ugama Kiudang, Tutong I,baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi 20 orang murid Darjah 6 yang terdiri daripada 10 murid lelaki dan 10 murid perempuan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Unit Sekolah Ugama Bahagian Kokurikulum di Jabatan Pengajian Islam, Awang Shahrin bin Haji Abdul Razak.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat dan diteruskan dengan bacaan ayat-ayat lazim oleh peserta-peserta khatam.

Kemudian, Takhtim dibacakan oleh murid-murid perempuan Darjah 3 hingga 5 dan Doa Khatam dibacakan oleh salah seorang peserta khatam, Awang Muhd Aqil Fauzan bin Fadly Mujanu.

Pelajar yang terlibat dalam majlis khatam bergambar ramai bersama guru-guru sekolah berkenaan.
Pelajar yang terlibat dalam majlis khatam bergambar ramai bersama guru-guru sekolah berkenaan.

Majlis seterusnya diserikan lagi dengan Dikir Asyraqal oleh murid-murid lelaki Darjah 4 dan 5 yang diikuti dengan merenjis minyak wangi diketuai oleh tetamu kehormat.

Majlis Khatam Al-Quran Darjah 6 ini merupakan kegiatan tahunan Jabatan Pengajian Islam, yang antara lain bertujuan untuk menggalakkan murid-murid sentiasa mengamalkan pembacaan Al-Quran dengan betul dan lancar serta mengeratkan kerjasama dan perpaduan di antara ibu bapa, guru-guru dan murid-murid dalam sama-sama mengungkayahkan majlis keugamaan di sekolah-sekolah ugama.

Ia juga dihasratkan agar para peserta akan terus mendampingi Al-Quran dan seterusnya mendalami isi kandungannya serta menjadikannya sebagai panduan dan pegangan hidup mereka.

ARTIKEL YANG SAMA