Majlis Khatam Al-Quran PERBEKAL

Majlis Khatam Al-Quran PERBEKAL

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jun – Lebih 20 orang ahli Persatuan Belia Kampung Lambak (PERBEKAL), petang tadi, telah menyertai Majlis Bertadarus dan Khatam Al-Quran yang berlangsung di kediaman Naib Yang Di-Pertua PERBEKAL, Dayang Siti Seriana binti Haji Mohd Yusof di Kampung Jerudong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya memimpin bacaan Surah Al-Fatihah ialah Yang Di-Pertua PERBEKAL, Pengiran Nordin bin Pengiran Haji Mahmud.

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan surah-surah khatam, takhtim dan juga doa khatam serta diselajurkan dengan bacaan Yasin dan Tahlil yang telah dipimpin oleh Pengerusi Biro Keagamaan, Haji Bakar bin Haji Pungut.

Ahli PERBEKAL yang menyertai Majlis Bertadarus dan Khatam Al-Quran petang tadi.
Ahli PERBEKAL yang menyertai Majlis Bertadarus dan Khatam Al-Quran petang tadi.
Pengiran Nordin (kanan) pada majlis tersebut.
Pengiran Nordin (kanan) pada majlis tersebut.

Acara berbuka puasa beramai-ramai telah mengakhiri majlis petang tadi itu.

Majlis Bertadarus dan Khatam Al-Quran PERBEKAL ini merupakan acara tahunan persatuan berkenaan yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi bulan Ramadan penuh keberkatan ini iaitu mengisikannya dengan aktiviti keagamaan yang membawa rahmat di sisi Allah S.W.T.

ARTIKEL YANG SAMA