Majlis Khatam Al-Quran Politeknik Brunei

Majlis Khatam Al-Quran Politeknik Brunei

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai – Seramai 815 pelajar baru Politeknik Brunei bagi sesi akademik 2016/2017 telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran sebagai penutup Minggu Orientasi Politeknik Brunei yang telah berlangsung selama tiga hari bermula 12 Julai lalu hingga hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis yang berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan, Madang itu ialah Pemangku Penolong Pengarah Politeknik Brunei, Awang Alias bin Haji Bakar.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis dan diteruskan dengan bacaan Surah-surah Khatam, bacaan Takhtim dan Doa Khatam.

Ia kemudian disemarakkan lagi dengan Dikir Marhaban sebelum diakhiri dengan doa penutup.

Antara pelajar yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di Masjid Suri Seri Begawan, Madang.
Antara pelajar yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di Masjid Suri Seri Begawan, Madang.

Majlis khatam itu merupakan penutup minggu orientasi yang sebelum ini telah diisikan dengan program-program yang dapat membantu para pelajar mengenali Politeknik Brunei dengan lebih dekat di samping memberikan gambaran kehidupan sebagai pelajar politeknik.

Ia juga diisi dengan aktiviti-aktiviti yang diharap akan dapat membantu pelajar-pelajar menjalani pengajian dan kehidupan yang produktif di Politeknik Brunei nanti.

ARTIKEL YANG SAMA