Majlis Khatam Al-Quran Rekrut Ahli Bomba Pelatih

Majlis Khatam Al-Quran Rekrut Ahli Bomba Pelatih

BANDAR SERI BEGAWAN – Majlis Khatam Al-Quran bagi Rekrut Ahli Bomba Pelatih Lelaki Skuad Ke 46 dan Wanita Skuad Ke 9, 2014 – 2015 telah diadakan di Masjid Perpindahan Lambak Kanan baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah Bomba Dan Penyelamat, Awang Yahya bin Haji Abdul Rahman.

Seramai 42 orang Rekrut lelaki dan wanita telah menyertai dalam majlis khatam Al-Quran tersebut.

Di sepanjang tempoh mereka menjalani Kursus Asas Rekrut selain daripada diajarkan pelajaran kebombaan, mereka juga turut diajarkan dalam pelajaran keugamaan seperti membaca Kitab Suci Al-Quran dan juga Iqra.

pgm8_150615_h

Rekrut Ahli Bomba Pelatih Lelaki Skuad Ke 46, 2014-2015 bergambar ramai.
Rekrut Ahli Bomba Pelatih Lelaki Skuad Ke 46, 2014-2015 bergambar ramai.
Rekrut Ahli Bomba Pelatih Wanita Skuad Ke 9, 2014 – 2015 bergambar ramai.
Rekrut Ahli Bomba Pelatih Wanita Skuad Ke 9, 2014 – 2015 bergambar ramai.

Setelah menjalani kursus selama tempoh lebih kurang enam bulan, mereka bakal menamatkan latihan tersebut pada 15 Jun ini. Majlis diakhiri dengan menunaikan sembahyang berjemaah fardu Maghrib dan Isyak serta penyerahan sumbangan wakaf kepada masjid berkenaan yang disampaikan oleh tetamu kehormat kepada imam Masjid Perpindahan Lambak Kanan.

ARTIKEL YANG SAMA