Majlis Khatam Al-Quran sempena penubuhan Jab. Penjara

Majlis Khatam Al-Quran sempena penubuhan Jab. Penjara

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Feb – Sempena Memperingati Penubuhan Jabatan Penjara ke-62 Tahun yang diraikan pada setiap 1 Mac, Jabatan Penjara telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Majlis Khatam Al-Quran di Balai Ibadat Penjara Jerudong.

Majlis anjuran Jawatankuasa Keagamaan Jabatan Penjara itu telah dihadiri oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Haji Mohd ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam selaku tetamu kehormat.

Turut hadir ialah timbalan-timbalan setiausaha tetap di KHEDN; Pemangku Pengarah Jabatan Penjara, Haji Ismail bin Haji Murat; Penghulu Mukim Sengkurong, Haji Musa bin Haji Tahir; Ketua Kampung Mulaut, Haji Mohd Jait bin Hitam; Ketua Kampung Jerudong, Haji Mohd Rais bin Haji Ishak; Ketua Kampung Tanjung Nangka, Awang Lamat bin Nawang, para pegawai kanan, pegawai serta kakitangan Jabatan Penjara.

Haji Mohd ‘Abdoh hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut.
Haji Mohd ‘Abdoh hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut.

Majlis Khatam Al-Quran telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat sebelum diteruskan dengan bacaan Tahtim dan Doa Khatam oleh Haji Ghani bin Haji Marsal.

Majlis diteruskan lagi dengan sembahyang Fardu Maghrib dan sembahyang Sunat Hajat berjemaah yang diimamkan oleh Awang Noor Huzaime bin Haji Murah. Manakala itu, bacaan Surah Yaasin dan Doa Kesyukuran pula dipimpin oleh Haji Ismail bin Begawan Pehin Khatib Haji Abdul Hamid.

Majlis diakhiri dengan sembahyang Fardu Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Haji Abdul Rahim bin Jama Soleh.

ARTIKEL YANG SAMA