Majlis Khatam Al-Quran terus semarak Ramadan

Majlis Khatam Al-Quran terus semarak Ramadan

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 15 Julai – Ramadan sudah dekat ke penghujungnya, bagaimanapun, bulan yang suci ini terus disemarakkan dengan majlis keagamaan seperti Majlis Khatam Al-Quran yang dikendalikan oleh Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria di Dewan Persidangan di sini, hari ini.

Kira-kira 10 orang pegawai dan kakitangan jabatan berkenaan telah menyertai majlis berkenaan, yang dihadiri oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Mohd Yusof bin Dulamin selaku tetamu kehormat.

Turut hadir ialah Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Awang Sarih bin Tabong.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh tetamu kehormat, diikuti dengan Majlis Khatam Al-Quran, dan kemudiannya diselajurkan dengan bacaan tahlil, doa arwah dan doa selamat

Peserta-peserta Khatam Al-Quran terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.
Peserta-peserta Khatam Al-Quran terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.
Yang Berhormat Haji Mohd Yusof hadir selaku tetamu kehormat.
Yang Berhormat Haji Mohd Yusof hadir selaku tetamu kehormat.
Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan derma anak yatim yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Haji Mohd Yusof.
Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan derma anak yatim yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Haji Mohd Yusof.

Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan derma kepada seramai 15 orang anak yatim dan tujuh orang ibu tunggal dalam kalangan kakitangan jabatan tersebut.

Sumbangan berkenaan dihasratkan dapat membantu meringankan bebanan hidup mereka lebih-lebih lagi menjelangnya Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Penyampaian sijil kepada para peserta Khatam Al-Quran turut diadakan sebagai penutup majlis berkenaan yang diadakan sebagai kegiatan tahunan jabatan berkenaan dalam menyemarakkan bulan Ramadan.

ARTIKEL YANG SAMA