Majlis Khatam Al-Quran terus semarakan Bulan Ramadan

Majlis Khatam Al-Quran terus semarakan Bulan Ramadan

Oleh Pg Fairol RMF , Rafidah Jumat, Salawati Haji Yahya, Mohamad Asyramisyanie dan Hajah Saemah Kepli

BANDAR SERI BEGAWAN – Majlis keagamaan dan kebajikan seperti menyampaikan sumbangan derma untuk anak-anak yatim dan orang kurang berkemampuan, majlis bertadarus, Khatam Al-Quran dan tahlil terus giat dilaksanakan di jabatan-jabatan kerajaan, sektor swasta, persendirian, mukim-mukim dan kampong-kampung bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mulia ini.

Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi Pegawai-Pegawai dan Kakitangannya anjuran Badan Kebajikan dan Sukan jabatan tersebut. Majlis tersebut telah berlangsung di Surau Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat, Bangunan Dewan Majlis pada 5.00 petang.

Majlis Khatam Al-Quran berkenaan telah disertai oleh Setiausaha Majilis Mesyuarat, Menteri-Menteri Kabinet dan Jurutulis 1 (Pertama) kepada Majlis Mesyuarat Negara, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar.

Majlis dimulakan dengan Majlis Khatam, dikir Marhaban, bacaan Tahlil dan Doa Selamat. Penyampaian sumbangan Badan Kebajikan dan Sukan bagi pegawai dan kakitangan juga turut diadakan. Majlis diteruskan lagi dengan bersungkai dan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah dipimpin oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustafa bin Haji Murat.

Penutup Tadarus dan Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadan Bagi Tahun 2015 di Jame’ ’Asr Hassanil Bolkiah dihadiri oleh  Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.
Penutup Tadarus dan Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadan Bagi Tahun 2015 di Jame’ ’Asr Hassanil Bolkiah dihadiri oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

M6-2_20150716

Dato Seri Paduka Haji Kifrawi turut hadir di majlis tadarus dan  khatam al-Quran bagi pegawai dan kakitangan Mahkamah Sivil.
Dato Seri Paduka Haji Kifrawi turut hadir di majlis tadarus dan khatam al-Quran bagi pegawai dan kakitangan Mahkamah Sivil.
Ketua Unit Kumpulan Sumber Sekolah Hajah Khadjah binti Orang Kaya Seri Wijaya Haji Abdullah berkenan menyampaikan bunga telur kepada peserta khatam.
Ketua Unit Kumpulan Sumber Sekolah Hajah Khadjah binti Orang Kaya Seri Wijaya Haji Abdullah berkenan menyampaikan bunga telur kepada peserta khatam.
Barisan peserta khatam di majlis Khatam Al-Quran JPCC.
Barisan peserta khatam di majlis Khatam Al-Quran JPCC.
Pelajar-pelajar Kelas Bimbingan Muslimah Masjid Kampung Sungai Liang sertai Majlis Khatam Al-Quran.
Pelajar-pelajar Kelas Bimbingan Muslimah Masjid Kampung Sungai Liang sertai Majlis Khatam Al-Quran.
Sembahyang fardhu Maghrib berjemaah pegawai dan kakitangan mahkamah yang diimamkan oleh Pengarah Jabatan Kehakiman Negara.
Sembahyang fardhu Maghrib berjemaah pegawai dan kakitangan mahkamah yang diimamkan oleh Pengarah Jabatan Kehakiman Negara.

Dengan adanya Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan setiap tahun ini diharap akan mampu meningkatkan lagi mutu pembacaan Al-Quran, di samping mendapatkan ganjaran pahala dalam bulan Ramadan Al-Mubarak dan penuh suci ini.

Bulan Ramadan Al-Mubarak ini turut disemarakkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Jabatan-jabatan dibawahnya telah mengungkayahkan Majlis Penutup Tadarus dan Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadhan Bagi Tahun 2015.

Sehubungan itu, majlis itu telah diadakan di Jame’ ’Asr Hassanil Bolkiah dihadiri oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar selaku tetamu kehormat majlis baru-baru ini.

Aktiviti keagamaan tahunan Kementerian tersebut adalah sebagai salah satu syiar untuk memakmurkan masjid-masjid di negara ini dan dalam sama-sama mendekatkan diri dengan Al-Quran serta meningkatkan amal ibadat di bulan Ramadan. Di samping itu, ia juga dapat mengeratkan silaturahim di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan para jemaah masjid dan penduduk kampung sekitarnya.

Juga hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohammad Yusof, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Harun bin Haji Junid, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid serta penduduk-penduduk kampung yang tinggal di sekitarnya.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh tetamu kehormat majlis dan diikuti dengan bacaan Khatam Al-Quran oleh Pegawai-Pegawai Masjid dan Takhtim secara beramai-ramai.

Manakala Doa Khatam telah dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mat Jaya bin Haji Ibrahim dan bacaan Doa Selamat pula telah dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz.

Mahkamah Sivil juga turut mengadakan Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran bagi pegawai dan kakitangannya, bertempat di Bangunan Mahkamah Tinggi baru-baru ini.

Majlis bermula dengan bacaan Surah al-Fatihah diikuti bacaan al-Quran beramai-ramai dari surah Ad-Dhuha hingga surah An-Nas.

Di samping itu, majlis turut dimuatkan dengan bacaan Takhtim, Doa Khatam dan Doa Selamat, yang kemudian diakhiri dengan berbuka puasa.

Pegawai dan kakitangan mahkamah turut menunaikan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Pengarah Jabatan Kehakiman Negara, Ustaz Haji Serudin bin Haji Timbang.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Haji Kifrawi bin Dato Paduka Haji Kifli dan Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Dato Paduka Haji Hairol Arni bin Haji Abdul Majid.

Kumpulan Sumber Sekolah di bawah Unit Sumber Sekolah juga turut mengadakan majlis khatam Al-Quran bagi pegawai dan kakitangan perpustakaan sekolah senegara serta keluarga mereka, yang berlangsung di Sekolah Menengah Katok.

Hadir di majlis bagi meraikan 65 peserta khatam berkenaan ialah Ketua Unit Sumber Sekolah, Hajah Khadijah binti Orang Kaya Seri Wijaya Haji Abdullah para pegawai dan kakitangan perpustakaan senegara serta keluarga masing-masing.

Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat 1 Ketua Unit Perpustakaan, Haji Abdul Rahman bin Jumat, yang dalam cuti persaraan.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Haji Abdul Ghani bin Abdul Lakim, dan diselajurkan juga dengan bacaan tahlil serta doa arwah.

Majlis juga mendengar bacaan Takhtim oleh Muslimah dari Kampung Lambak Kiri yang turut diundang ke majlis itu.

Penyampaian sijil kepada para peserta khatam disempurnakan oleh Hajah Khadijah yang turut menyampaikan derma khairat kepada kakitangan perpustakaan yang ibu bapa mereka telah meninggal dunia.

Sementara itu, sebagai sebahagian daripada kerja amal dan membantu keluarga yang memerlukan, Jawatankuasa Eksekutif Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) dan ahli serta keluarga mereka telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di kediaman Ketua Ehwal Agama, Datin Hajah Kamisah binti Haji Rahmat di Kampung Sungai Buloh, Jalan Kota Batu, hari ini.

Majlis yang diadakan buat kali ketiga oleh jawatankuasa keagamaan MKM itu bertujuan untuk menyemarakkan bulan Ramadan dengan membaca Al-Quran dalam kalangan ahli-ahlinya.

Dalam pada itu, MKM akan berusaha membantu semua golongan yang memerlukan pada tahun akan datang dan ini memerlukan sokongan berterusan daripada orang ramai yang bermurah hati menghulurkan derma untuk meneruskan kerja sosial MKM kepada masyarakat dan negara.

Seramai 13 peserta lelaki dan 19 peserta perempuan terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Kelab Rekreasi Jerudong Park Country Club (JPCC) menyertai majlis Khatam Al-Quran sekali gus menyemarakkan lagi bulan Ramadan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis yang berlangsung di Dewan Serba Guna Ibu Pejabat JPCC di Jerudong ialah Pengarah JPCC, Awang Abdul Lattif bin Haji Md Yusuf dan seterusnya memimpin bacaan surah Al-Fatihah di awal majlis berkenaan.

Bacaan surah-surah lazim meneruskan acara majlis itu sebelum bacaan Takhtim dan Doa Khatam menyusuli majlis diikuti dengan laungan Zikir Marhaban.

Tetamu kehormat majlis itu juga berkesudian untuk menabur bungai rampai dan membahagikan bunga telur kepada barisan peserta majlis Khatam tersebut.

Menurut kenyataan JPCC, majlis berkenaan adalah sebahagian daripada acara keagamaan bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan dengan acara keagamaan dan menjadi acara tahunannya sejak 2011 lagi.

Barisan peserta lelaki pada tahun ini dibimbing oleh Awang Mohammad Isamuddin bin Haji Mahmud dan Haji Luqman Al-Hakim bin Haji Hamdan daripada Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB).

Sementara itu peserta perempuan juga dibimbing oleh tenaga pengajar jemputan daripada ITQSHHB antaranya Dayang Najwa Iman Zahidah binti Haji Aspar dan Dayang Nurulain binti Haji Abas.

Majlis Khatam Al-Quran turut diadakan di Daerah Belait yang mana Kelas Bimbingan Muslimah Masjid Kampung Sungai Liang bersama ahli jawatankuasa takmir masjid tersebut hari ini mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang diteruskan dengan Doa Kesyukuran dan Tazkirah Ramadan.

Majlis tersebut yang berlangsung di Masjid Kampung Sungai Liang disertai oleh seramai 18 orang di kalangan pelajar kelas bimbingan muslimah masjid tersebut di bawah bimbingan Pengiran Hajah Fatimah binti Pengiran Haji Omar.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pengetua Sekolah Menengah Sayyidina Ali Mumong, Dayang Hajah Murni binti Abdullah.

Antara tujuan diadakan majlis tersebut ialah bagi meningkatkan semangat untuk terus membaca Al-Quran dari masa ke semasa dengan baik dan sempurna. Ia juga adalah untuk membudayakan amalan membaca Al-Quran dalam kehidupan seharian bukan sahaja dalam bulan Ramadan.

Selain dihasrat menjadi contoh kepada muslimah yang lain yang belum menyertai kelas bimbingan muslimah di masjid-masjid dan untuk meningkatkan kefahaman ibadah puasa dari masa ke semasa.

ARTIKEL YANG SAMA